7 Jun 2012
Segmen motosikal 250cc pasaran tempatan dijangka sengit ekoran kemasukan tiga varian baru jenama Megelli.
Sebelum ini, pengguna hanya terhad kepada tawaran dari pengeluar Jepun dan Korea.
Ketibaan ketiga-tiga varian jenama Megelli edaran Daiichi ini bakal memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna di Malaysia.
Pengarah N B Motors Trading Sdn Bhd, Johnnie Ngu berkata jenama dari British itu merupakan pengeluaran tempatan (CKD) di Kuching yang mana motosikal ini menggunakan komponen dari China,Taiwan, Jepun dan Itali.
“Kelebihan motosikal ini adalah harga mampu milik selain bentuk sporty. Dari segi perkhidmatan selepas jualan juga turut dipertingkatkan dengan melantik Tropicana Motor sebagai pengedar dan perkhidmatan servis untuk kemudahan pelanggan di Semenanjung Malaysia.
“Walaupun reka bentuknya lebih kepada pasaran Eropah dan Amerika Syarikat, namun pengubahsuaian dilakukan untuk menyesuaikan motosikal ini dengan piawaian minyak di Malaysia dan komponen getah juga disesuaikan dengan cuaca di sini,” katanya.
Tiga varian Megelli ini adalah 250MR, 250SR dan 250RR. Ketiga-tiga varian itu menggunakan spesifikasi enjin sama namun untuk segmen berbeza.
Dilengkapi enjin silinder tunggal sejukkan cecair bersesaran 249.5cc, ia menghamburkan kuasa maksimum 27PS pada 9000rpm dan kuasa kilas 24.4Nm pada 7000rpm dengan padanan transmisi enam kelajuan.
Megelli 250MR adalah versi motocross yang akan menarik perhatian penunggang yang ingin kebebasan pengembaraan off-road.
Sementara 250SR ditujukan kepada mereka yang lebih meminati penunggangan selesa.
Ia dilengkapi dengan kerangka kukuh untuk kestabilan penunggangan kelajuan tinggi dan hendal tinggi untuk posisi penunggangan easy-rider.
Megelli 250RR pula dilengkapi dengan body cowling sports sepenuhnya.
Daiichi turut memperkenalkan motosikal 650cc. Jika anda gemar dengan kuasa pecutan pantas, model CFMoto 650NK boleh dijadikan sebagai pilihan.
Ia dilengkapi enjin 4-lejang, silinder berkembar DOHC dengan lapan injap.
CFMoto turut dilengkapi brek depan cakera berkembar dwi piston untuk membrek dengan stabil.
Tanda harga yang ditawarkan bersama insurans - Megelli 250MR, RM16,520, Megelli 250SR (RM16,720), Megelli 250RR (RM17,750) dan CFMOTO 650NK (RM28,000).
MEGELLI 250 SR
MEGELLI 250 RR
MEGELLI 250 MR
No comments:
Post a Comment