Motosikal berkelas superbike itu diperkenalkan di Thailand pada Oktober 2010, kini dibawa masuk secara kenderaan siap bina (CBU) dan dijual dengan dua versi iaitu CBR 250R standard pada harga RM18,799 seunit dan CBR 250R ABS pada harga RM21,799 seunit.
Pengarah Urusan Boon Siew Honda, Shoichi Harada berkata, motosikal itu menwarkan keselesaan pemanduan, kelajuan, mampu milik dan pelepasan karbon dioksida yang rendah.
''Pada tahun ini motosikal itu dibawa masuk secara CBU dan kita sedia untuk mempertimbangkan bagi pemasangan komponen terurai CKD,'' kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pada Majlis Pelancaran dan Pandu Uji CBR 250R di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pada sidang akhbar itu juga, Harada berkata, pihaknya tidak bercadang memperkenalkan model baharu Honda CBR 150R untuk pasaran Malaysia.''Setakat ini kami mahu menggantikannya dengan model Honda CBR 250R,'' kata beliau lagi.
Menggunakan enjin penyejuk cecair 250cc empat lejang DOHC satu silinder yang menepati piawaian emisi Euro 3.Sistem minyak menggunakan teknologi Honda yang terkenal iaitu PGM-FI dan sensor 02 dengan catalyzer dalam ekzos.
Menurutnya model CBR ini turut dilengkapi dengan sistem ABS yang berupaya membantu penunggang mengawal sistem brek, menjadikannya model motosikal 250 cc pertama di dunia dilengkapi dengan sistem itu.
“ABS diperkenalkan dalam model CBR250R ini bagi memenuhi kepuasan pelanggan disamping meningkatkan kecekapan dan tahap keselamatan penunggang,” katanya.
Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Shoichi Harada
No comments:
Post a Comment